http://www.utusan.com.my/rencana/peranan-pibg-semakin-mencabar-1.93043
KESEDARAN
perlu ada dalam kalangan ibu bapa mengenai pentingnya peranan Persatuan
Ibu Bapa dan Guru (PIBG). Mereka harus sedar PIBG tidak ditubuhkan
begitu sahaja tanpa matlamat yang jelas. Ramai ibu bapa yang tidak
mengetahui penubuhan PIBG diperuntukkan di bawah Akta Pendidikan 1961.
PIBG menjadi persatuan penting yang
mempunyai fungsi dan tanggungjawab tertentu. Pada asasnya PIBG
berperanan sebagai rakan kongsi sekolah untuk membantu pembangunan serta
kemajuan sekolah dan pelajar.
Bagi ibu bapa
yang sering menghadiri mesyuarat PIBG pastinya akan merasakan PIBG
menjadi saluran dan forum terbaik untuk berbincang dan menyelesaikan
masalah, birokrasi dan isu yang timbul berkaitan pembelajaran anak-anak
mereka.
Fungsi PIBG ini akan dapat
dilaksanakan dengan baik sekiranya PIBG sesebuah sekolah itu aktif dan
mempunyai barisan ahli jawatankuasa yang komited serta mendapat sokongan
ibu bapa pelajar.
Yang penting dalam
mengendalikan PIBG, ia mesti mendukung visi yang selari dengan falsafah
pendidikan negara (FDN) dan Dasar Pendidikan Negara (DPN). Selain itu
PIBG harus menerapkan gagasan 1Malaysia dan Pelan Integriti Nasional
(PIN) sebagai sebahagian daripada objektifnya.
Keanggotaan
PIBG seperti yang ditetapkan dalam perlembagaan PIBG hendaklah terdiri
daripada setiap guru dan ibu bapa yang anak mereka menuntut di sekolah
berkenaan. Keanggotaan ini sahaja jelas menggambarkan ibu bapa dan guru
harus saling berhubungan dan landasan terbaik dalam hal ini ialah
melalui PIBG.
Maknanya, PIBG menjadi platform
terbaik bagi ibu bapa dan guru berinteraksi secara bersemuka untuk
berkongsi dan bertukar pendapat serta maklumat mengenai kemajuan dan
prestasi akademik pelajar serta perkara-perkara berkaitan disiplin,
sahsiah dan akhlak pelajar.
Melalui PIBG juga
sekolah boleh menyalurkan apa-apa maklumat mengenai pendidikan semasa
seperti pelaksanaan pentafsiran berasaskan sekolah dan sebagainya. Ibu
bapa juga boleh memberikan cadangan untuk meningkatkan lagi prestasi
akademik dan kokurikulum sesebuah sekolah itu. PIBG juga boleh memainkan
peranan sebagai orang tengah antara guru dan ibu bapa bagi meleraikan
sebarang salah faham yang timbul antara kedua-dua belah pihak.
Tidak
seperti dulu, kebanyakan ibu bapa hari ini lebih percaya aduan
anak-anak berbanding fakta sebenar sehingga guru sering kali disalahkan
termasuklah soal prestasi akademik dan masalah disiplin dalam kalangan
pelajar. Justeru dengan adanya PIBG sebagai orang tengah kemungkinan
segala salah faham itu dapat diatasi melalui perbincangan.
Barisan
kepimpinan dan pengurusan PIBG harus memikul dan melaksanakan tugas dan
amanah dengan penuh integriti. Agenda dan misi yang diperjuangkannya
mestilah ke arah kebaikan kepada pembangunan sekolah dan masa depan
pelajar.
PIBG tidak sepatutnya dijadikan
platform politik ataupun medan untuk mengejar nama dan pangkat. Perkara
penting yang mesti diutamakan adalah membantu sekolah melahirkan
generasi pelajar yang berkualiti, bersepadu dan seimbang serta memiliki
jati diri yang kukuh.
Dalam konteks hari ini,
keupayaan PIBG untuk menghubungkan sekolah dengan masyarakat amat
penting dan memberikan banyak manfaat kepada sekolah.
Contoh,
keupayaan PIBG menjadikan sekolah sebagai sekolah angkat kepada
badan-badan korporat akan memberi kelebihan kepadanya untuk mendapatkan
sumbangan dalam melaksanakan aktiviti dan membantu melengkapkan
prasarana keperluan fizikal sekolah dan murid seperti projek makmal
komputer, siber kafe pelajar, pusat sumber atau perpustakaan yang
lengkap, kemudahan sukan dan rekreasi dan lain-lain lagi.
PIBG
yang berkesan sudah semestinya dapat membantu sekolah mempertingkatkan
kejayaan pelajar di dalam peperiksaan yang diduduki. Keupayaan PIBG
membantu sekolah meningkatkan kecemerlangan akademik akan dapat
menaikkan nama, imej dan identiti sekolah terbabit.
Jika
mampu, PIBG boleh pergi lebih jauh lagi dengan mengadakan jaringan dan
kerjasama pintar dengan institusi pendidikan terbaik dan cemerlang
tempatan dan luar negara. PIBG juga perlu membantu sekolah menangani
masalah sosial pelajar sekolah seperti masalah merokok, penagihan dadah,
membuli, pornografi dan pelbagai bentuk jenayah lain supaya ia tidak
menjadi barah dalam sesebuah sekolah itu dan dunia pendidikan amnya.
Program
seperti seminar dan kem motivasi untuk pelajar di setiap sekolah adalah
program yang boleh dilaksanakan PIBG kerana dapat memberi kesedaran dan
semangat kepada pelajar untuk terus belajar dan berjaya.
Ia
sekali gus dapat mengurangkan gejala salah laku pelajar, di samping
dapat melahirkan generasi muda yang berdisplin dan bersahsiah tinggi.
PIBG di peringkat kebangsaan pula boleh mengusulkan atau mengemukakan
satu pelan bertindak yang realistik dan komprehensif kepada kementerian
terbabit untuk menambah baik atau membetulkan apa-apa ketempangan dalam
hal mengenai pendidikan.
Apa pun kejayaan
PIBG itu terletak kepada sokongan padu ibu bapa. Oleh itu, ibu bapa
tidak sepatutnya memandang remeh terhadap mesyuarat PIBG yang diadakan
di sekolah anak-anak mereka belajar.
Ibu bapa
harus sedar bahawa mesyuarat PIBG diadakan bertujuan menambah baik
sistem pengajaran dan pembelajaran (P&P) di peringkat sekolah, di
samping mempertingkatkan sistem pengurusan dan pentadbiran sekolah.
Kesimpulan,
peranan PIBG semakin mencabar terutama dalam usaha membantu kerajaan
menjayakan program transformasi pendidikan nasional. Justeru, perlu ada
inisiatif di peringkat nasional untuk meletakkan satu piawaian dan
penanda aras yang dapat mengukur pencapaian PIBG dalam membantu pihak
sekolah meningkatkan kecemerlangan sekolah sama ada dari segi prestasi
akademik, kokurikulum dan juga prasarana sekolah.
Sebagai
galakan dan penghargaan, kerajaan melalui kementerian terbabit perlu
menyediakan insentif tertentu kepada PIBG yang berjaya mencapai piawaian
dan penanda aras yang ditetapkan.
Penulis adalah Penganalisis Media di Bahagian Penerbitan Dasar Negara, Jabatan Penerangan Malaysia.
- See more at: http://www.utusan.com.my/rencana/peranan-pibg-semakin-mencabar-1.93043#sthash.z5LMjCkg.dpuf